Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solehnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang
berjuang di jalan Allah
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur
katanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang
dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang
penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh
bersifat jembalang
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati
ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak dalam
mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju
akhirat
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi
sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke
atasnya
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya.
p/s: wujud lg ke lelaki idaman saya?
PRE-ORDER: Kids Shirts and Pyjamas
13 years ago
5 Sweets:
aku tau sape die laki ni..
Die hensem+chinese look+berkenderaan+alim(aku penah dgr die psg ceramah agama dlm kereta)+pndai.
Wah.gile untung tuh. Die ade wanie. Nak ke x? Ake ley rekomen kan.
"Hi There!"
isk.. napa cam terasa ko tulis pasal aku ar ?
hahhaha
farah: chinese look? bkn taste aku..hahaha..
msti die sgt hottt kn..
xnkla..ssh aku nnt
ko pnh naik kete ngan die eh? haa..kantoiii..hahaha (jeles rumet aku nnt)
wadieq: psl ko eh? ko available lg ker? muahahah
hahaha..xleh blah bace komen farah..
jgn lupe die ex aku!
peeja: a'ahla..ex ko kn tuh
xknla aku nk amek die lak kn..hahaha
Post a Comment