Sunday, March 28, 2010

Memo untuk si belangkas

Aku terbaca artikel menarik dlm majalah Solusi keluaran biler tah...
tajuk die Memo Untuk Si Belangkas..
aku citer sket2 jela ek..xlarat la plak nk taip sume..hehe

Aduhai pemuda pemudi yg sedang hangat bercinta,

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yg dianjurkan oleh syarak dgn jalan istikharah dan musyawarah (berbincang).
Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dgn optimis.

Ambil langkah yg diizinkan Allah seterusnya iaitu berkhitbah (bertunang) dan saling setia pd janji syarak yg dibina.
Awas! Hindari segala perkara yg menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya..

Khusus buat pemuda pemudi yg sedang dilamun cinta,

Seringkali bila ditanya pada pemuda tentang kenapa tak segera menikah, mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap..

Sedangkan ada hadis Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yg sudah bertemu calonnya.
Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kpd bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti.
Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka.
Faktor ini membuatkan pemuda takut berkahwin.
Gambaran spt ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme..

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme dan menyuruh kita berfikiran positif.
Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yg berkahwin..

"Dan nikahkanlah org yg sendirian di antara kamu dan org2 yg layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yg perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui" (An-Nur: 32)

Nah..itu jaminan Allah. Jaminan siapa yg lebih patut dipercayai?

Buat kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yg telah ditunjukkan Allah dlm istikharahmu walau apapun keadaannya masa ini..asalkan baik agamanya.
Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat pemuda,

Rezeki Allah amat luas, jgn dirisaukan sgt..
Jika kerisauan utk menikah disebabkan faktor org tua, berbincanglah dgn mereka penuh hikmah..
Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dlm sekelip mata..

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan, maka laksanakanlah pertunangan...
Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yg menghampiri zina..

Laksanakanlah ikatan dgn mana yang paling memudahkan lelaki..
Aisyah r.a. menjelaskan..
"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya" (Riwayat Ahmad)

Oh kaum Hawa!

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yg berkat?
Oh, mudah kahwin itu jika ikut agama...

Apa tunggu lagi wahai yg dah berpunya?
Pilihlah utk berkahwin..
Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada persoalan di benakmu..Yakinlah pada Allah
Berdoalah padaNya agar dipermudahkan nikah buatmu.....

~~renung2kan dan selamat beramal~~

4 Sweets:

Cik Yanie (",) said...

=)

Miss Wanie said...

senyum tu tanda setuju kn?hehe

peeja said...

nice..nk letak kt blog aku boleh?

Miss Wanie said...

letak la..tp ehem ehem..bg la kredit..hahahah