Tau x senggugut tuh ape?
sebut btol2...senggugut...bukan sesungut yerr..hahaha
senggugut atau nama glemernye period pain ni slalunye dialami oleh org pmpuan time period
mmg sgt menyakitkn..huhu..ade yg smp muntah2
ade yg tergolek2 atas katil thn sakit..
nih aku nk share info sket psl senggugut..
Senggugut berlaku akibat daripada pengecutan rahim ketika datang haid. Ianya
menyebabkan rasa lenguh–lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, ari–ari dan belakang. Semasa senggugut, seorang gadis mungkin berasa letih, muram dan cepat marah. Senggugut yang kuat boleh menyebabkan rasa loya, muntah dan ciri –birit.
Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan rungutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis.
SENGGUGUT PRIMER
Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.
Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
- rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang, sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus(PMS), seperti ;
* tegang pada payu-dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual(50%) dan muntah(25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang
Faktor risiko
Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut
Kenapa ia berlaku?
Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi
Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer
Tanpa ubat:
- Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
- ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
- Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
* Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.
Dengan Ubat:
- sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat.
Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
Senggugut sekunder
Di antara penyakit termasuk
* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.
kesimpulannye...senggugut sekunder lebih serius dr yg primer
so pd yg mmg slalu sakit teruk time period, better g wat check-up
mencegah lbh baik drp merawat..
* source from al-islam hospital...google jekk *
PRE-ORDER: Kids Shirts and Pyjamas
13 years ago
2 Sweets:
tetiba aku terasa segan lak nak baca :p
*dulu waktu aku tegur ko pastuh ko marah2 .. tu time senggugut ke ?
tetiba aku rasa segan nk jwb komen ko..hahaha
eh..bler masa lak ko tegur aku pastu aku marah2?
Aku marah org? hahaha
Sgt mnakjubkn
Post a Comment