Tuesday, August 24, 2010

Bersahur

Wahh..sedar xsedar dh 2 minggu kiter pose..
ade lg 2 minggu kn..
rasa cam kejap lak kn..

topik yg akan diutarakn pd ari ni adelah mengenai sahur
sapa yg xsahur?
apsal korg xnk sahur? malas nk bgn pagi2 buta ek?
ke sbb mmg xleh nk terima makanan pagi2?

tau x ape kelebihan bersahur?
tau x tu cara plg mudah nk dpt pahala..
kalo rasa xnk mkn pn, at least bgn sahur..
minum la air ke..mkn kurma ke..
bersahur itu sunat
so biler kiter buat perkara2 sunat ni, dptla pahala kn..

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan."
(al-Bukhari dan Muslim)

Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.


Rasulullah S.A.W. sndiri ckp bersahur tu akan beroleh keberkatan
jgnla ingat kalo bgn sahur, nnt kang xcukup tido la..
kalo niat tu baik, insyaAllah Allah akan permudahkn urusan lain
so pasni sume org bgn sahur tauuu
no more excuse..no no no

sekian tazkirah di pagi selasa...

0 Sweets: