Saturday, January 31, 2009

Keserasian

Ni aku dpt drp emel..cousin aku anto..
sharing is caring..haha..up to u la nk caya ke x kn..
sekadar kongsi pendapat...xsalah kn..ke salah??

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan
mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:


· Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras
ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah.. Jika hubungan cinta
terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti
ini.


· Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah
untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa
saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka
menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus
merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah
cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup
serasi.


· Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak
lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si
bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau
sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.


· Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai.
Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak
sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat
saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi
halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat
selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.


· Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti
anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa
gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini
berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.


· Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila
tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

p/s: mana 1 kategori aku?kehkehkeh..lu pk la sndiriii

2 Sweets:

Farah Syazana said...

aku br nk tnye...ko yg kategori mne?
wahaha..ptt le aku sama2 keras kepala...sulung ngan sulung..aish
hahaah

Miss Wanie said...

aku rahsia..xley gtau..hahahaa