Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013

First entry di tahun 2013

kn dh ckp nk wat recap tadi...
so here i am..hahaha
sementara tgh rajin ni..baik type cpt2
kang dh dtg angin malas, mungkin jmpa di penutup 2013 plak..hahahaha

ok..sblm melalut ke lain...meh kita recap sket ape yg jd tahun 2012
2012 ni byk suka n duka..
bermula ngan mcm2 dugaan, cabaran, sedih n duka..
last year celebrate new year from level 61, KLCC
dpt tgk fireworks live dr KLCC park tu
org lain kna terdongak2 nk tgk fireworks
kitorg tgk xyah dongak2..sbb dh sama tinggi je ngan fireworks tu..haha
dh abes fireworks situ, lari pegi tingkap belah lain
tgk lak fireworks dari tmpt lain..hehe..nice kn

1st january 2012...kena keje..ngan mata panda sbb xtdo mlm buat keje
awal2 tahun tu mmg sakit sket la..keje blambak tahap gaban
tmbh plak ngan masalah2 peribadi
stress toksah ckpla...mana nk hadap keje..nk pk masalah lg
andddd.....relationship of 6 years officially ends...

tipula kalo x sedih tp take it positively
Allah temukan kita ngan org yg salah supaya kita bleh perbaiki diri kita before kita jumpa the right person
btol x? sila setuju

ok...abes part tu..
and the happiness begins...
yg try to avoid tu la yg aku dpt..hehe
so terima la ngan hati terbuka...doakan la yg terbaik :)

in August, i lost my bestfriend
rumet aku masa kt UTP..smp skrg still rasa xpercaya
still rasa cam die ada..huhu
Al-fatihah utk arwah Norhafezza Baharudin n her baby

other than that...ape lg ye..
ohh...remarkable moments in September...hehe
the beginning of everything..
ni kite stori mori later yer..

in 2012, dpt gi holiday ke Kota Kinabalu, Medan, Cherating, Singapore and Bandung
alhamdulillah...ada rezeki, pegila holiday kn
early dis year pn nk gi holiday lg..hehe...yeayy

tu jela kot recap utk 2012..aku dh tertido jap td
azam 2013?
carry fwd azam 2012..hahaha

insyaAllah tahun 2013...to achieve another milestone
big step for sure...
semoga ape yg dirancang, jadi kenyataan n dipermudahkn
doaknla yg baik2 utk aku yer...amin

yg dh lepas tu, kita lupakn n jadikan pengajaran n kenangan
skrg tumpukn ape yg ada kt dpn kita
semoga 2013 ni kita dilimpahi ngan rahmat n kegembiraan je..
Amin...


Monday, December 31, 2012

Alhamdulillah...completed

Assalamualaikum...

angan2 sblm ni x jadi kenyataan..
angan2 nk rajin update blog..heheh..malas satu hal
bz satu hal...biler dua2 bersatu, meletuppp...hahaha

ok..ni nk citer psl wiken baru ni
alhamdulillah dah selamat pegi kursus kawin..hehe
xkire la bile korg nk kawin, pegi jela cpt2..
tp rasanye better pegi if korg mmg dh ada plan nk kawin
baru reti appreciate kot..kang takut pegi for the sake of nk dpt sijil je...huhu..not good

citer psl kursus kawin ni...hmmm sbnrnye dh lama sgt plan nk gi
kwn2 aku dlu pn ada ajak pegi sama
tp disebabkn ada halangan, so xpegi
geram plak kalo ingat blk...grrrr

ok..kursus ni aku pegi kt Mahligai Firdaus, Setiawangsa
bayaran still RM80..tempoh die sehari setengah
ari sabtu start kol 10-6.30
ari ahad kol 9-1.30

total ada 6 modules yg korg kna dengar
penceramah utk each module adelah berbeza
siyesss sume best..xbosan n xngantuk
ehh..aku ngantuk sket masa module ketiga
biasala...after lunch + sakit kpala lak masa tu..tetiba migrain..huhu
sempat terlelap jap..hahaha..nasib baik dok blkg

sume module tu penting la utk bakal2 pengantin
rasanye yg plg penting b4 kawin adelah module prosedur perkahwinan
kna dgr btol2...ape kna buat, borang ape kna isi
dh isi, nk submit ke mana...
kang salah isi borang, ada harapan kenduri dulu baru nikah...ni ustaz tu yg ckp...hehe

sijil ari kamis baru dpt..
pastu dh bleh kawin..ehhh gataii plak..hahaha
pas dh dpt sijil tu, bleh la korg proceed ngan benda2 lain

sapa2 yg tgh cari tmpt kursus tu, aku suggest korg pegi kt sini
tp kna book awal2 sbb masa aku pegi tu, mmg penuh
korg google je Mahligai Firdaus
agak2 malas sgt nk google, nah amek nih...cara nk book..sms ajooo


BOOKING SMS NAMA,TARIKH  KURSUS DAN TEMPAT KURSUS.
CONTOH : ALI BIN ABU, 15&16/12/2012, SETIAWANGSA ATAU SETAPAK


anta ke 0136046333 or 0132298900

skrg dh lega sbb dh xyah jwb pertanyaan bile nk gi kursus...hahaha
lega 1 bab jela..bab2 lain pjg citer lagi...

ok..ni entry penutup tahun 2012..
kalo tgk total entry tahun ni, mmg sadisss..hahah
xpe..jap lg aku buat recap 2012..ceewahh...
dah...bye~~

Monday, February 13, 2012

Buat Bakal Imamku

Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;

Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Insya Allah…

Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Insya Allah…

Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Insya Allah…

Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
Insya Allah…




Dari kata hati seorang wanita :

Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…

Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…

Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…

Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.





p/s: copy from FB

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah....esok mungkin kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan
syukur sbb diberi peluang utk menyambut Ramadhan lg skali...
so sama2 la kita manfaatkan bulan yg penuh dgn keberkatan ni..

ape azam utk Ramadhan taun ni?
insyaAllah kalo bleh aku xnk miss solat terawih
walaupn solat sendiri kt umah je..
feeling tu xsama ngan solat kt masjid..tp nk buat camne kn
xpela...janji buat

lagi...nk khatam Quran
taun lps xkhatam pn masa bulan posa..
taun ni kita try lg...

yg ni maybe angan2 mat jenin
nk posa penuh sebulan..hehehe
kebarangkalian utk full tu maybe 0.01% je

meh nk share sket kelebihan bulan Ramadhan ni:

  • pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup..jadi rebutlah peluang utk tempah tiket ke syurga
  • tiap pahala ibadah, 70 kali ia digandakan
  • 10 akhir Ramadhan, Allah kurniakan Lailatulqadar...sama2 kita mencari mlm yg terbaik yg ganjarannya umpama 1000 bulan
  • bulan penuh rahmat dan bulan keampunan

jgn lepaskn peluang utk kumpul lebih byk pahala di bulan Ramadhan ni
sbg bekalan kita di akhirat nnt
semoga destinasi terakhir kita di syurga yg abadi...amin

maaf jika ada sebarang salah dan silap
wassalam...

Tuesday, June 28, 2011

To My Friends Who Are.........

1) SINGLE
Love is like a butterfly . The more you
chase it , the more it eludes you. But if you just let
it fly, it will come to you when you least expect it.
Love can make you happy but often it hurts , but
love's only special when you give it to someone who is
really worth it. So take your time and choose the
best.

2) NOT SO SINGLE
Love isn't about becoming somebody else's
"perfect person." It's about finding someone who helps
you become the best person you can be.
Never say "I love you" if you don't care.
Never talk about feelings if they aren't there. Never
touch a life if you mean to break a heart.
Never look in the eye when all you do is lie. The cruelest
thing a guy can do to a girl is to let her fall in
love when he doesn't intend to catch her fall and it
works both ways.

3) MARRIED
Love is not about "it's your fault", but
"I'm sorry." Not "where are you", but "I'm right
here." Not "how could you", but "I understand." Not "I
wish you were", but "I'm thankful you are."

4) ENGAGED
The true measure of compatibility is not
the years spent together but how good you are for each
other.

5) HEART-BROKEN
Heartbreaks last as long as you want and
cut as deep as you allow them to go. The challenge is
not how to survive heartbreaks but to learn from them.

6) NAIVE
How to be in love: Fall but don't stumble,
be consistent but not too persistent, share and never
be unfair, understand and try not to demand, and get
hurt but never keep the pain.

7) POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one you
love happy with someone else but it's more painful to
know that the one you love is unhappy with you.

8) AFRAID TO CONFESS
Love hurts when you break up with someone.
It hurts even more when someone breaks up with you.
But love hurts the most when the person you love has
no idea how you feel.

9) STILL HOLDING ON
A sad thing about life is when you meet
someone and fall in love, only to find out in the end
that it was never meant to be and that you have wasted
years on someone who wasn't worth it. If he isn't
worth it now he's not going to be worth it a year or
10 years from now. Let go.....


The more you give, the more you receive ..thats what
love is all about

Saturday, May 28, 2011

Keistimewaan Wanita

Kan smlm aku ckp kna bagi tazkirah kt opis kn..
so aku nk share kt sini lak...


KEISTIMEWAAN WANITA


Wanita VS Lelaki

1) Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
2) Wanita perlu meminta izin suami apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya
3) Wanita saksinya kurang berbanding lelaki
4) Wanita menerima harta pusaka lebih sedikit berbanding lelaki
5) Wanita perlu mengalami kesusahan mengandung dan melahirkan anak
6) Wanita wajib taat pada suami tapi suami tak perlu taat pada isteri
7) Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
8) Wanita kurang dlm beribadat kerana adanya haid dan nifas yg tak ada pada lelaki


Apa Keistimewaan Wanita?

1) Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar berselerak. Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Sebab itulah aurat wanita lebih banyak berbanding lelaki. Kerana dirimu begitu berharga.

2) Wanita perlu taat pada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.

3) Wanita menerima harta pusaka lebih sedikit berbanding lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya sementara apabila lelaki menerima harta pusaka, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya utk isteri dan anak2.

4) Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan jika dia mati ketika melahirkan anak, adalah dikira sebagai syahid dan syurga menantinya.

5) Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkn terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya bagi seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Beratkan tanggungjawab lelaki...

6) Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu yg mana saja disukainya cukup dgn 4 syarat iaitu sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kpd suaminya dan menjaga kehormatannya.

7) Doa perempuan lebih makbul drp lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat drp lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda, "Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa org yang penyayang tidak akan sia-sia."

8) Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kpd Rasulullah S.A.W., siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Baginda, "Ibunya".


Pesanan buat wanita

- Akalmu senipis belahan rambut, tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
- Hatimu bak kaca yg rapuh, kuatkanlah ia dgn iman yg teguh
- Sedarlah bahawa kelembutan bukan kelemahan tetapi sebagai hiasan kecantikan
- Hiasilah dirimu dgn akhlak yg terpuji seperti cantiknya akhlak Saidatina Khadijah


Pesanan buat lelaki

- Wanita dijadikan dari tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki. Jadi luruskanlah wanita dgn cara yg diajar oleh Islam
- Jangan cuba jinakkan mereka dgn harta, bimbang mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dgn kecantikan, khuatir mereka akan binasa
- Kenalkan mereka kpd Allah S.W.T, zat yg kekal kerana dialah pencipta wanita. Hanya Dia yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui


Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yg indah
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana keimanan yg teguh


renung2 kan...dan selamat beramal :)


p/s: sumber rujukan pelbagai yer...from various articles..so credit pada sume yg berkaitan

Sunday, May 8, 2011

Pengalaman Pertama

Ari sabtu aku kuar ngan kwn aku, Jaa...
pk punye pk sbb xtau nk gi mana
then plan nk gi Mid Valley
tp on da way ke sana, aku terpk nk cari tmpt utk urut bahu n tengkuk sbb lenguh sgt2
1 hal lak kna pk lg skali sbb xtau kt mana...hahah
then aku suggest try gi Ampang Park

pusing punya pusing dlm tu, terjumpa Pusat Perubatan Cinta kot nama die
kt situ ade refleksologi n bekam
kitorg pn try masuk
ade sorg makcik dlm tu...die sorg je kt situ
so tnya die..kalo nk wat refleksologi n urut bahu bleh ke x
die kata bleh tp sibuk la dok promote suh bekam skali

dala kitorg 2 org xpenah try pn
so cam xnk sbb xberani...hehe
kitorg decide nk refleksologi n urut bahu je

bermulalah sesi refleksologi yg mencabar mental dan fizikal aku...hahaha
sakit siottt...kn kaki tu melambangkn badan kita
contohnye die urut kt ibu jari...situ bhgn kepala
mmg sakitla sbb aku slalu gak sakit kpala
kirenye kalo die urut kt point2 yg badan kita mmg sakit, mmg terasa la sakitnye masa die urut tu

tp yg bestnye makcik ni tiap tmpt die pegang tu, die citer la ni bhgn ape...
pastu siap btau ape masalah kita...
cam aku ni..die ckp slalu sakit kpala, period pain, lenguh2 bahu..kebas..byk lg la
mmg btol pn...haha
aku siap main tarik2 kaki ngan makcik tu
abes tu sakit giler kot...aku tarik kaki, die pn tarik blk...hahahah

nk abeskn 30 minit tu mmg seksa yg amat
biler dh selesai segala penyeksaan, maka tibalah masa utk shoulder massage
masuk dlm bilik...
elok je makcik tu pegang bahu aku nk urut, trus aku menjerit
ya ampun....sakit gilerrrr
slalu aku urut kt kampung xde pn sakit camni
pastu makcik tu ckp bahu aku cam da bengkak...die pegang lg, aku jerit lg

pastu die tnya...camne nk urut kalo camni
die suggest suh bekam
aku cam..aaaaa takuttt...after dh penat soal makcik tu itu ini psl bekam
aku pn stuju la nk try...perrghhh
aku buat 5 cups je kt blkg n tengkuk
tu pn siap ckp kt makcik tu nk kurg lg..hahahah
makcik tu ckp xleh...nnt ade point2 yg xkna...

fuhhh...1st time okehhh berbekam
xsakit pn sebenarnye...
mmg byk darah kuar...berketul2 gitu
makcik tu siap tunjuk dpn muka aku lg..sabo jela
pas dh bekam tu, mmg badan rasa ringan n lega

tp yg xbestnye kesan2 lebam after bekam tu ade lg
makcik tu ckp dlm 2-3 ari ilang la
lg 1, tmpt bekam kt tengkuk ni rasa gatal2 sbb panas + terkena rambut aku
nk garu xleh sbb bekas luka tu ade lg...haiihhh

nway, berbekam ni sbnrnye sunnah Rasulullah S.A.W.
sape yg ikut sunnah Rasul, maka dpt la pahala kn...

Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya cara pengobatan yang paling ideal/baik yang kalian pergunakan adalah bekam/hijamah."

Sabda Rasulullah saw:
"Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku di-Isra'kan, melainkan mereka (para malaikat) semua mengatakan kepadaku: "Hai Muhammad, Engkau harus berbekam." (HR.Tirmidzi)

Copy from here


sapa2 yg blom penah try berbekam, pegi la try
xsakit + insyaAllah dpt sembuhkan byk penyakit
nk tau lebih lanjut, korg tnya abg gugel yer...die sedia membantu...ehehe

Monday, April 11, 2011

Kiamat Sudah Dekat

Astaghfirullahalazim...terkejut tgk video Miss Malaysia Pahang kt youtube..
cam xcaya benda ni jadi kt Malaysia
bkn hollywood, bollywood..tp Malaysia okeh

xcukupkah peringatan Allah dgn tragedi Tsunami 2004 yg mengorbankan hampir 200 ribu org?
xcukupkah dgn letusan Gunung Merapi yg mengorbankan beribu2 org?
xcukupkah dgn Tsunami di Jepun yg juga mengorbankan berbelas ribu nyawa?
masih tidak insaf dgn kejadian gempa bumi di sana sini?

masih mahu mencabar kuasa Allah S.W.T?
masih mahu menyalahkan takdir atas apa yg berlaku?
mahu menanti bala menjelma di depan mata?

manusia mmg xkn pernah mengambil iktibar drp sesuatu kejadian
xkn nk tunggu tsunami dtg sapu bersih 1 Malaysia, baru nk bertaubat
plg menyedihkan, ada artis wanita 'bertudung' yg terlibat jd juri dlm pertandingan tu
ape motif die? nk menggalakkn lg pertandingan2 camtu diadakan?

btol la ape yg aku dgr dlm tazkirah kat ofis last week..
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,

"Pada zaman itu, kejahatan adalah seperti seekor semut hitam di atas batu hitam di mlm yg gelap"
(lbh kurg camnila..lupa the exact words..tlg btolkan kalo salah)

pada zaman itu = zaman kita skrg ni
maksudnye zaman skrg ni, org dh xleh bezakan antara kejahatan n kebaikan
buat jahat tu macam dh sama taraf ngan buat baik
org dh xkisah...

isu berpakaian seksi dikatakan qada' dan qadar....apekah???
kenapa biler isu ni timbul baru ingat qada' dan qadar?
tp si pemakainya tetap xserik...makin galak ngan pakaian seksi
adekah masih nk salahkan qada' dan qadar Tuhan?

Allah takkan mengubah nasib seseorang itu kalau die xberusaha utk mengubah nasibnya sendiri..
jadi jgn sesekali salahkan takdir atas ape yg berlaku

kalo Allah nk turunkan bala, bila2 je boleh..
benda yg xpenah jadi pn boleh jadi
sume tu xmustahil ngan kuasa Allah
sama2 la kita bertaubat sblm nikmat kurniaan Allah ditarik blk
sblm roh meninggalkan jasad..

aku bukan manusia yg sempurna
pernah melakukan kesilapan...juga bukan manusia yg baik
tp sama2 kita berusaha membaiki kesilapan yg lalu
sama2 berdoa supaya Allah menerima taubat kita
kerana matlamat kita hanya 1...SYURGA ALLAH
amin...

Wednesday, March 16, 2011

Am I in Love?

Entry kopipes from my sister's blog

12 Ways to Know That You Love Someone


TWELVE:
You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.

ELEVEN:
You walk really slowly when you are with him/her.

TEN:
You don't feel Ok when he/she is far away.

NINE:
You smile when you hear his/her voice.

EIGHT:
When you look at him/her,you do not see other people around you. You see only him/her..

SIX:
He/She is everything you want to think.

FIVE:
You realize that you smile every time you look at him/her.

FOUR:
You would do anything to see him/her.

THREE:
While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.

TWO:
You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number 7 is missing.

ONE:
You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself.

NOW MAKE A WISH! YOU KNOW WHAT YOU WANT THE MOST........


So...are u in luv?

Kalo sume di atas adelah btol, adekah bermakna im in luv?

hehehehehehe~~~


Monday, December 6, 2010

Bacalah Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Thursday, December 2, 2010

Whose number is this?

Few times dpt call from dis no: 03-20371333
masa 1st time call, xangkat sbb xprasan
so dpt la missed call...nk kata no office..mmg xla sbb lain
then 2nd time missed call gak..sbb xprasan jugak..

3rd times pn sama..xangkat sbb masa tu henpon kt atas meja
aku lak xde kt tmpt aku masa tu..
since my curiosity is very high...sbb nk tau sapa yg dok call kn
kot2 la urgent ke hape kn...sbb byk kali call tu
i try to call back..tp no tu cam xdpt dihubungi

so aku pn ngan gigihnye google no tu
hebat la incik google ni..sume mende ade
mungkin pasni kna google no tepon sndiri..kot2 ade terselit memana..hahaha
so terjumpa la 1 website...


siler klik link tu utk pembacaan yg lebih jitu..
ade few websites la yg aku jumpa
ramai sbnrnye org yg dpt call from no tu
some said yg call tu org AIA insurance..promoting insurance la kn
then siap mintak no account bank, no credit card..

so im sharing dis with u guys..
just beware jela kn..in case korg dpt call from no tu
ke ade yg penah dpt?
ade lg 1 no yg dorg gune...03-20371666
ni pn dr spesies yg sama kot..

so just be careful..
xyahla angkat..xyah layan
ohh..after 3rd times dorg call tu...
the next day..aku dpt call lg..
trus aku reject...then die call lg..
aku reject lg..hahaha
dah2 la call wei..dah org xangkat tu, xphm2 ke???

sape2 yg jual insurance tu, pls do it in a proper manner
dis is not a right way to do business..sbbnye kaco privacy org
jgn main terjah camtu..pastu mintak no card bagai..
ntah2 dorg tu scammers kn..who knows..

haihhh...donia..donia
be careful yer kwn2...

Wednesday, November 24, 2010

Beauty Regime

Tu diaaaa...beauty regime
sblm meneruskan acara, baik bagi disclaimer siap2
nnt kang org ckp "cantik ke ko??"
x ke rasa nk menyorok dlm umah setaun? hahaha

ok..just nk share ngan korg je
aku xcantik pn..lawa pn tidak..tp manis tu ade la
wahhh..ayat xnk kalah..muahaha
tp xsalah kn kalo sekadar nk share
pastu bleh bertukar2 pendapat kot2 ade produk lg bagus kn

basically kt bawah ni adelah benda2 yg harus aku pakai kalo nk gi keje @ gi jenjalan
kalo takat nk gi kedai dpn umah, xde maknanye nk tempek2 sume ni..
kalo dulu, aku taram pakai foundation n compact powder je
tp pas diperkenalkan ngan Mary Kay, aku pn try la benda2 kt bawah ni
hasilnye??
sgt memuaskan ati...

jom kiter tilik satu persatu.........

ni benda 1st yg aku pakai after dh cuci muka, pakai freshener n moisturiser
nama die Melacep Whitening Foundation Primer
fungsi die utk meratakan n melicinkan kulit
so kalo pakai mekap, nmpk smooth je kulit muka...
aku suke pakai ni..mmg best
die ni cam matte gitu...
even kaler die tu putih, tp biler pakai, nmpk biasa je
tp biler dh blend ngan foundation...trus wowwww...


then pakai lak Full Coverage Foundation..
aku pakai yg beige 400
dah kulit gelap kn...sedar diri la kn..
kang kalo pakai yg ivory, mau rupa tepung gomak..hahahha
foundation ni best sbb biler pakai, die cam senang utk disapu n jd sekata
ade some foundations tu, biler pakai...jd bertompok2 kn
yg ni x...so bleh try yer...hehe

after foundation, pakai Mineral Powder Foundation...menggantikan compact powder
dis one mmg i likeeee sgt2..
sbb muka nmpk natural n menutup cela2 yg xdiingini..hehe
trus feeling muka berseri2..hahah
lgpn jimat pakai ni sbb pakai sket je dh cukup..
berus die tu pn best sbb lembut sgt..


next is Mineral Cheek Color...aku pakai yg Sparkling Cider
dh nama pn sparkling kn..so mmg nmpk blink2 la biler pakai
menaikkan seri pipi yg sedia gebu..hahaha
lgpn kaler ni agak natural...xla nmpk pipi tu merah sgt kn..

utk lips plak, aku pakai Sebamed Lip Defense
actually br je try yg ni..
sbb ari tuh bibir aku kering giler..yela dok bertapa dlm econ kn
biler pakai ni, kejap je bibir aku dh elok..
bestt btol..lgpn bibir akan nmpk lg cantik kalo pakai lip balm b4 pakai lipstick...ye x?

last but not least is Maybelline Watershine lipstick
yg ni aku pakai ala kadar je
aku xsuka kaler terang2...biar nmpk natural gitu..

dh calit lipstick...tadaaaa..dh siap
dh bleh kuar skrg..hehehhe
ala..sbnrnye aku simple je
aku xsuke pakai eye shadow..sbb malas nk cuci
eyeliner ngan mascara lg la..kim salam jela
sbln skali pn blom tentu pakai..hahaha

dh penat pot pet pot pet...
jom tgk hasilnyee..jeng jeng jengggg


gmbr masa raya pose ari tu..tiada sbrg teknik kedai photo yer..hehe


nape aku suka Mary Kay?
sbb ade consultant sendiri...
apa2 masalah, bleh contact consultant...tanyala pape pn..xde charge pn

anyone interested to try MK products ni..bleh la roger2 yer
nnt aku knalkn ngan consultant aku
bleh pegi Skincare Class...
yg bestnye time class tu, bleh try produk2 MK FOR FREEEE!!!!!
siyess xtipu lgsg...plus bleh blaja cara2 mekap skali..best2

tu je nk share..daaa~~~


p/s: ni kali kedua type entry ni sbb yg smlm punye dh lenyap tanpa rasa bersalah..huhu
oh yer...gmbr2 sume adelah hasil khidmat google yer..tq~~

Wednesday, October 20, 2010

Mau kuruskan badan???

1st disclaimer: aku bkn dealer
2nd disclaimer: ni sharing session je..
3rd disclaimer: gmbr amek dr google yer..

wahhh..siap disclaimer bagai..hahaha
aku tau..ramai yg rasa cam badan dh naik (aku la tu..muahaha)
nak2 after raya kn..
selera mkn membuak2 bagai tiada ari esok
motto pn cam dah tuka kpd "Hidup utk mkn"..hahah

xpe..skrg korg jgn risau lg
sume tu bisa diatur
meh sini aku perkenalkn produk Slim Diet II (SD2) from New Image
refer gmbr kt atas yer

act, aku dh try la produk ni
mmg berkesan sbb berat turun tanpa perlu berlapar
SD2 ni berasaskn protein soya
protein soya tu kn mmg byk khasiat
minum ni pn mmg mengenyangkn

kalo produk2 diet lain, korg kna ikut aturan mkn kn
cthnye pg mkn roti sekeping, tghari nasik sejemput..
utk org2 yg xmkn saman cam aku nih...xkuasa nk ikut jadual mkn tuh
SD2 ni lain...xyah beria diet n tahan lapar

tapiiiiii.....ade la syarat2 yg harus dipatuhi
syarat2 simple jek..org yg pemalas cam aku ni pn bleh buat
xknla korg yg rajin ni xleh kn...cewaahh

cara pemakanannye sng aje..
korg kna minum SD2 ni 4 kali sehari b4 mkn
pagi, tghari, ptg n mlm
2 scoops + 200/250 ml air sejuk
air sejuk yer kwn2..jgn guna air panas/suam
kalo taruk ais lg best..pastu shake

cik wani, rasa die camne? best ke x?
ok...bg penggemar soya tegar esp soya yg asli tu..msti korg suka
sbb rasa die cam soya..dh nama pn protein soya kn
tp bg bkn penggemar soya asli cam aku, rasanye bleh diterima la
heyy..mau kurus punye pasal...telan beb telan..hahaha
kalo rasa xleh terima gak, minum smbil tahan napas..

eh..syarat2 blom btau lg kn..
ok..syaratnye mudah je..
korg lebihkn mkn makanan berprotein cam ikan, ayam, daging n sayur2
kurgkn makanan berkarbohidrat cam nasik, mee etc..
lg bagus kalo xamek lgsg carbo..elakkan buah2 n bnda2 yg manis
no worries sbb SD2 ni ade segala zat2 yg diperlukan

kalo korg ni jenis yg xleh idup tanpa nasik..
blehla mkn...tp dlm kuantiti yg very minimum
kalo biasa mkn nasik 3 kali sehari, kurgkn jd 1 kali je
portion nasik tu pn kurgkn la..
kata nk kurus kn....

lg 1, kna minum air masak at least 2 liter sehari
bagus kalo korg asik gi toilet..sbb tu proses detox
nk lg cpt turun berat, siler la exercise
aku pemalas..sbb tu lmbt sket trun..hahaha

1 tin SD2 ni biasanye tahan utk seminggu je
kalo korg ikut syarat2 kt atas tu..insyaAllah dlm masa seminggu bleh turun dlm 2-3 kg
tp tu xterjadi la kt aku sbb masa 1st week minum ni, aku xikut sgt syarat2 tu
pastu cam heran apsal xturun2..hahaha..cam nk sekeh paler sndiri
masuk tin ke-2..br la nk berdisiplin sket n br nmpk hasilnye

disebabkn aku ni mmg bercinta la kalo nk exercise..
makanye dlm masa sebulan, aku turun dlm 3kg je..
tp kalo berat xturun byk pn, korg jgn risau
cuba ukur pinggang...mmg mengecik la sket..hehe

yg paling best psl SD2 ni..even korg dh stop minum
kebarangkalian utk berat tu naik blk adelah tipis
kirenye berat korg yg dh turun tu akan maintain

siyesss xtipu..aku ni da bape bln stop
pastu raya ari tu mmg mkn xhengat..nk naik weight scale pn takut
tp skali biler timbang, berat still maintain
even still xcapai target, tp ttp gumbira sbb xnaik..ahhaha

ehh korg..SD2 ni masuk world book of records tau
sbb produk yg menurunkan berat plg byk dlm masa yg singkat
so kalo korg cam interested nk tau lebih lanjut psl produk ni..
blehla e-mail aku syazwani.abdullah@gmail.com
nnt aku introduce ngan consultant aku

akhir kata..berbaloi-baloiiiiiiiiiiiiiiiii :D

Tuesday, September 28, 2010

Jika Dia Milikku...

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi
pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman
Supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin... .
p/s: credit to Farah..hehe