Saturday, May 28, 2011

Keistimewaan Wanita

Kan smlm aku ckp kna bagi tazkirah kt opis kn..
so aku nk share kt sini lak...


KEISTIMEWAAN WANITA


Wanita VS Lelaki

1) Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
2) Wanita perlu meminta izin suami apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya
3) Wanita saksinya kurang berbanding lelaki
4) Wanita menerima harta pusaka lebih sedikit berbanding lelaki
5) Wanita perlu mengalami kesusahan mengandung dan melahirkan anak
6) Wanita wajib taat pada suami tapi suami tak perlu taat pada isteri
7) Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
8) Wanita kurang dlm beribadat kerana adanya haid dan nifas yg tak ada pada lelaki


Apa Keistimewaan Wanita?

1) Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar berselerak. Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Sebab itulah aurat wanita lebih banyak berbanding lelaki. Kerana dirimu begitu berharga.

2) Wanita perlu taat pada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.

3) Wanita menerima harta pusaka lebih sedikit berbanding lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya sementara apabila lelaki menerima harta pusaka, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya utk isteri dan anak2.

4) Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan jika dia mati ketika melahirkan anak, adalah dikira sebagai syahid dan syurga menantinya.

5) Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkn terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya bagi seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Beratkan tanggungjawab lelaki...

6) Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu yg mana saja disukainya cukup dgn 4 syarat iaitu sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kpd suaminya dan menjaga kehormatannya.

7) Doa perempuan lebih makbul drp lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat drp lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda, "Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa org yang penyayang tidak akan sia-sia."

8) Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya kpd Rasulullah S.A.W., siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Baginda, "Ibunya".


Pesanan buat wanita

- Akalmu senipis belahan rambut, tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
- Hatimu bak kaca yg rapuh, kuatkanlah ia dgn iman yg teguh
- Sedarlah bahawa kelembutan bukan kelemahan tetapi sebagai hiasan kecantikan
- Hiasilah dirimu dgn akhlak yg terpuji seperti cantiknya akhlak Saidatina Khadijah


Pesanan buat lelaki

- Wanita dijadikan dari tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki. Jadi luruskanlah wanita dgn cara yg diajar oleh Islam
- Jangan cuba jinakkan mereka dgn harta, bimbang mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dgn kecantikan, khuatir mereka akan binasa
- Kenalkan mereka kpd Allah S.W.T, zat yg kekal kerana dialah pencipta wanita. Hanya Dia yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui


Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman yg indah
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana keimanan yg teguh


renung2 kan...dan selamat beramal :)


p/s: sumber rujukan pelbagai yer...from various articles..so credit pada sume yg berkaitan

0 Sweets: